Friday, September 4, 2009

LAMA DAH..........

Assalamualaikum w.r.t....

040909......Salam Ramadhan buat semua rakan yang dikasihi. Dah dua bulan tak update blog ni. Bukan apa, tak sempat nak tulis dan idea pun kurang. Dalam masa dua bulan macam-macam yang berlaku...

1. Kramat telah diluluskan pendaftaran pada 8HB JULAI 2009. Bukannya apa, wujudnya Kramat ini adalah untuk kepentingan kita semua rakan-rakan ham di Malaysia. Saya hanya menyambung idea dan usaha rakan-rakan yang berhasrat mewujudkan satu badan yang kukuh demi persaudaraan sesama kita Rakan Radio Ham SeMalaysia. Walaubagaimanapun, Kramat buat permulaan sememangnya bergerak agak perlahan. Buat masa ini, Kramat sedang proses membuka akaun Bank di Bank Islam dan Maybank Islamic. Semoga semua rakan ham seluruh Malaysia memberi sokongan yang padu kepada Kramat ini. InsyaAllah.

2. Keputusan RAE dah keluar. Tahniah buat rakan yang telah lulus terutama yang mengikuti kelas kecil-kecilan di Bangi dan kelas anjuran Kramat. Terima kasih buat RAKAN-RAKAN kerana sudi menyampaikan ilmu untuk rakan-rakan baru. Ilmu yang baik harus disebarkan.

3. Ramadhan sudahpun hari ke 15. Semoga semua rakan menjalani ibadah puasa dengan tabah menghadapi dugaan dan rintangan. Buat anak-anak, sememangnya satu dugaan untuk ibu bapa melatih mereka berpuasa. Begitu juga Terawih di malam hari.

4. Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah. Terima kasih kepada Rakan yang memberi sumbangan. Jumlah Kutipan yang dapat dikumpulkan berjumlah RM2570. Ruang untuk Rakan menyumbang masih terbuka pada esok hari. Majlis InsyaAllah akan bermula jam 3.00 petang sehingga waktu berbuka. Semua Rakan dijemput bagi memeriahkan Majlis ini.

5. Hariraya menjelang tiba. Semua persiapan daripada Baju baru hinggalah ada yang berkereta baru untuk pulang ke Kampung. Saya akan beraya di Bangi. Kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin buat seluruh Rakan Ham se Malaysia. Semoga persaudaraan ini lebih erat antara kita semua.

6. Harilahir ke 8 anak sulung saya pada 6hb September 2009 ini. Happy Birthday to you. Tiada sambutan, cuma Majlis Berbuka puasa bersama keluarga.

7. Gempa bumi di Jakarta. Takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga. Segala yang berlaku adalah kehendak ALLAH.AL-FATIHAH.... Kita amat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Sama-samalah kita berdoa, kepada yang masih tertimbus semoga selamat hendaknya.

8. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak H1N1 ini dapat segera hilang dan pulih seperti sedia kala.

Semua yang baik datangnya daripada ALLAH. Segala kekurangan adalah daripada kelemahan saya sendiri. Wassalam. Jumpa dan jumpa lagi 73 buat semua.

Friday, August 7, 2009

AHMAD HAKIMI


Inilah permataku yang Ke - 2. Lahir di Hospital Kajang pada 16hb Januari 2007. Memang aktif..... speaking London. bukan saya yang ajar... belajar dari TV.

Wassalam. 73

Sunday, June 28, 2009

Eyeball Sana Sini

Assalamualaikum w.r.t....

Sebelum meneruskan coretan ni di harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sebenarnya untuk pengetahuan rakan, saya kenal dunia radio amatur ni pada tahun 2007. Bak kata pepatah orang melayu ' baru setahun jagung' cuma saya dah masuk 2 tahun la. Dah cukup syarat nak ambik CW.

Bercerita tentang Eyeball....ketika mula-mula saya kenal radio amatur sememangnya mana-mana eyeball saya dan teman saya akan sampai. Saya kenal radio amatur bermula dengan kelab komersil PRADAS. Jadi masa tu memang nak katakan setiap dua malam eyeball. Yang popular Ayam Dara, Tasik Idaman, Asiah Cafe, Batu Ladung,Rejab dan lain-lain lagi. Sekarang di Sarang Burung, Tmn Mas Tiara dan sebagainya. Walaubagaimanapun tidak dinafikan memang best bereyeball dengan rakan2. Pukul 3 pagi pun tak sedar...Hehehehe..

Tapi sekarang ni agak sibuk sedikit untuk bereyeball dengan rakan-rakan. Bukannya apa, maklumla kerja sendiri. Orang kata kerja sendiri best...itu bagi orang yang bermajikan. Tapi bagi saya kerja sendiri ALLAH sahaja la yang tahu. Zaman-zaman ekonomi yang tak menentu...kena la keja lebih sedikit. Sebab tu jarang dah bereyeball.

Eyeball yang terkini ialah di D'Tasik semalam 27hb Jun 2009. Memang best, walaupun belum register sebagai ahli MARES, saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan terutamanya tuan rumah Pak Hamid dan Kak ani. Terima kasih juga kepada penganjur dan penyumbang hadiah nombor bertuah. Nampaknya tak disangka dua-dua nombor saya naik malam tu...Alhamdulillah.

Akhir kata, kepada Rakan-Rakan Radio Amatur bersahabat melalui Frekuensi memang satu keajaiban. Terpulang pada kita untuk membuat pilihan yang baik ....Setiap orang ada kelemahan namun kelemahan itu boleh diperbaiki jika dan hanya jika kita sanggup menerima walaupun pahit untuk ditelan.(Mungkin kita genggam ditangan :-) tapi jangan dilontar kepada orang lain)

Sekadar Coretan memenuhi masa terluang.Wassalam.

Thursday, June 11, 2009

LEPAS GIAN...







Artis Jemputan Panglima ........





















Berduet sakan malam kenangan 10 tahun tu...sekali sekala lepas gian....

AKU DAN DIA


Emmm...nak potong kek ada orang telefon lg... awek mana pulak tu?

KEAMATAN LAGI.....


Berdiri kedua dari kiri adalah Bapa Mertuaku... bersama adik beradik.

Duduk kedua dari kiri nenek dan sebelahnya adik nenek. Diapit oleh mak sedara dan anak (lelaki) bapa sedara yang tidak hadir.











Majlis keamatan di rumah sedara. Untuk pengetahuan rakan sesiapa yang disarungkan kain selepang tu terpaksa join menari.....

Monday, June 1, 2009

BALIK KAMPUNG


Rakan-rakan yang dikasihi,

Sempena Pesta Keamatan tahun ini saya berpeluang melihat sambutan masyarakat di Sabah khasnya kampung suami tercinta di Kampung Tiong Sompodon. Saya sampai di Kota Kinabalu tanggal 28hb Jun 2009. Sampai di Lapangan Terbang ada tarian kebudayaan iaitu semazau.

Walau bagaimanapun hari pertama saya menginap di hotel semalam sebelum masuk ke Kampung. Terima kasih kepada teman yang meminjamkan kenderaan untuk kegunaan saya sepanjang berada di Sabah ini.

Pada 29hb, saya pulang ke Kampung dan bertemu ahli keluarga Mertua. Persiapan untuk Majlis Sambutan dilakukan. Disebabkan keluarga suami berlainan agama, saya cuma membantu mana yang mampu.

Pada keesokannya, Majlis Sambutan pun bermula dengan kehadiran saudara mara dan jiran sekampung. Majlis ini juga meraikan Nenek yang sudah mencapai usia 100 tahun (Gambar atas). Iaitu Nenek sebelah Bapak Mertua ku.

Selepas habis majlis, pada sebelah malam ada pulak karaoke. Saya pun cuba-cuba la tapi selepas semua tetamu pulang. Seperti biasa sambutan ini , minuman tuak tidak ketinggalan. Ada pulak insiden yang tidak baik berlaku pada malam tu. Seorang yang dah diayun tuak tiba-tiba menyerang Majlis Perkahwinan di rumah sebelah. Habis berselerak makanan ke tanah. Ibarat filem koboi la kiranya. Itulah penangan TUAK.

Esoknya lagi saya sempat melihat keindahan alam sekeliling kampung berdekatan dan melihat kuburan mendiang ibu mertua. Saya merasa kagum melihat kehidupan mereka. Bercucuktanam dilereng-lereng bukit. Membina keluarga di lereng-lereng bukit.

Selepas itu, saya pun berangkat keluar menuju Kota Kinabalu. Sebelum tu sempat singgah di Majlis Sambutan Keamatan di rumah saudara. Di samping makan ada jugak nyanyian dan paluan gong untuk tarian semazau. Yang menariknya, semua yang datang begitu gembira setelah penat bekerja.

Sekian untuk kali ini.

Wednesday, May 20, 2009

JEMPUTAN MAKAN MALAM

Assalamualaikum w r t..... dan salam sejahtera.....
Terima kasih kerana melawat blog saya ni.
Terlanjur dah masuk blog ni, saya dan suami tercinta ingin menjemput rakan-rakan untuk Majlis Makan Malam di kedai kami pada 5hb Jun 2009 ini jam 830 malam beralamat di No 24GF Jalan 15/1F Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Peta lokasi boleh didapati di www.rnjventure.com.

Kehadiran rakan-rakan amat-amatlah dialu-alukan. Majlis ini adalah untuk mengeratkan Silaturahim antara rakan-rakan yang dah lama tak bertemu. Ia sempena Ulangtahun Perkahwinan Kami yang ke 10.

Sekian. Wassalam. 73.

Wednesday, May 6, 2009

MY HAPPY FAMILY


Inilah keluarga besar HJ MUHAMMED LONG dan RAHMAH SILING.
Anak Menantu - 7 pasangan
Cucu - semua 38 orang (sekarang 3 orang dah berumahrangga)
Cicit - 2 orang (sekarang 3 nak masuk 4)

SIBBLINGS



Ni adik beradik..... 7 orang aku yang ketujuh.

Berdiri dari kiri:
Basariah (5) Abbas (6) Zahari (3) Zulkefli (4) Rafidah (7)

Duduk dari kiri :
Nurhidayah (1) Ayahanda Bonda Zuraidah (2)

AYAH DAN BONDA



Inilah kedua ayahanda dan bonda tercinta......
Gambar ni di ambil oleh 9W2COM.
Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 55 pada 25 Disember 2007

Tuesday, May 5, 2009

FILEM PERTAMA

Tanggal 2hb Mei 1998 aku pertama kali jumpa MJ. Tanggal 4hb Mei 1998, dating aku yang pertama dengan dia. Kisah ni tak la macam dalam drama tu. Masa tu aku kerja di Bangsar. MJ datang ofis aku lepas waktu kerja kita orang pun kluar. Pergi Bangsar Shopping Centre (masa tu). Jalan-jalan. Lepas tu terus pergi 1 utama. Tengok Wayang le..... Kalau nak tau filem apa...bukan filem cintan2 ni... US Marshall.

Lepas tengok wayang tu pergi supper pulak kat Bangsar sebab MJ tinggalkan motor kat situ. Lebih kurang jam 1.00 pagi baru balik.

Lepas daripada tu selalu la jumpa. Kalau tak kat KL kat Melaka sebab masa tu MJ bertugas kat Melaka. Kita orang pun bercinta tak lama. Lepas 6 bulan terus bertunang (16 Feb 1999). 5hb Jun 1999 melangsungkan perkahwinan. Tahun ni kira genap 10 tahun usia rumahtangga kami.

Semoga semuanya diberkati dan dilindungi Allah (swt). InsyaAllah.

PEMINAT ZIANA N0 1 dan No 2

Tanggal 3hb Mei 1998. Hari ni kalau tak silap hari Ahad. Aku pergi tengok konsert Ziana Zain di RTM. Cerita pasal Ziana Zain, dulu memang aku peminat dia No 2 la kira nya. Mana taknya, siap tempah banner sebab masa konsert tu Ziana sambut Hari lahir dia.

Mana-mana dia pegi buat konsert mesti aku ada. Sampai ke Jugra. Masa tu single boleh la. Aku selalu pergi dengan peminat No 1 kawan aku Madam Tan sekarang nama Nur Aishah Tan.

Alhamdulillah, kawan aku ni telah memeluk Islam. Sekarang pulak dia baru buka restoran di Bandar Puteri Puchong. Nama restoran tu Restoran Baser. Speciality Nasi Beriani dan Nasi Ayam. Beriani rusa pun ada.Memang sedap. Bukan nak promosi tapi benda yang betul kita bagi tau le. Kalau rakan-rakan lalu di Bandar Puteri boleh lah singgah restoran tu untuk cuba.

Alamat dia No 32, Jalan 5/1 Bandar Puteri Puchong No Tel : 012 658 7984. Kalau dari bangunan DHL(sebelah kanan) tu trafic light terus, sebelah kiri sederet dengan 7 11.

Cerita pasal Ziana Zain, sekarang menanti anak ketiga. Tahniah la buat dia.Aku pun dah lama tak bertemu dengan Ziana ni. Selepas berumahtangga rasa pelik pulak nak pegi tengok konsert2. Kalau show atau majlis anugerah tu ada le jugak aku pegi. Last aku jumpa dia kalau tak silap 2 atau 3 tahun lepas kat Bukit Jalil. Masa dia nak masuk Stadium. Semoga Ziana sekeluarga sihat dan bahagia hingga ke akhir hayat. Begitu juga dengan Pak Zain sekeluarga serta Anuar Zain.

Sekian...Wassalam.

Monday, May 4, 2009

TANGGAL 2HB MEI 1998

Tarikh tu tak silap. Pada tarikh itulah aku ditakdirkan bertemu dengan insan yang bernama Ahmad Janius Abdullah. Iaitu 11 tahun yang lalu. Bertempat di Mines Excibition Center.

Ketika itu majlis Sukarelawan Sukom 1998 bertemu Perdana Menteri ketika itu Dr M. Dalam keadaan bersesak-sesak.... semua sukarelawan dikehendaki duduk. Jadi ditakdirkan aku duduk bersebelahan dengan dia...

Habis majlis, kira bertukar-tukar no tel le. Aku tak sangka le pulak keesokannya dia telefon. Kami terus keluar dating .......... dan dating sampai la tarikh 16hb Feb 1999 iaitu hari pertunangan. Pada 5hb Jun 1999 kami pun melangsungkan perkahwinan. Dikurniakan dua orang permata hati Ahmad Fadhil dan Ahmad Hakimi.

Itulah ceritanya. Pendek je .....Wassalam.

Friday, May 1, 2009

CALLBOOK 2009 TERBITAN KRAMAT

Assalamualaikum kepada Rakan Amatur sekalian.......

Untuk makluman Kramat (Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad) akan menerbitkan sebuah CALLBOOK 2009 pada tahun ini. Untuk itu kepada Rakan Amatur yang baru mendapat lesen atau yang ingin mendaftarkan callsign yang baru menerima 9m bolehlah tinggalkan pesanan di callbook 2009 register di sebelah ini.

Sila tinggalkan pesanan mengandungi alamat terkini, callsign dan no hp yang boleh dihubungi untuk dimasukkan ke dalam Callbook berkenaan. Penerbitan nama, callsign, alamat, no tel dan email adalah untuk rujukan semata-mata dan ia adalah PERCUMA.

Kepada rakan yang ingin mengiklan juga dialu-alukan untuk meninggalkan maklumat untuk dihubungi.

Kadar Bayaran untuk iklan pula adalah seperti berikut:-

Suku Muka surat ----- RM 60
Setengah Muka surat ---- RM 110
Satu Muka surat ------RM 200
(Hitam putih)


Penyertaan rakan-rakan amatlah dihargai. Ia hanyalah sebahagian daripada usaha memudahkan rakan-rakan berhubung antara satu dengan lain dan membina satu rangkaian yang kukuh di kalangan Rakan Amatur di Malaysia. InsyaAllah.

Segala yang baik datang dari ALLAH dan segala tidak baik datang dari kelemahan saya.

Sekian. Selamat mendaftar.....

Monday, April 27, 2009

MEMANDU......



kenderaan untuk pergi eyeball pada 2011



TIP ELAKKAN LETIH MEMANDU


KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya .kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bil masa,tetapi masa paling kerapi alah diantara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengahari.

Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain .Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Ini menyebabakan terjadinya kemalagan yang mengakibatkan beribu-ribu kecederaaan dan kematian setiap tahun ,yang pada hakikatnya boleh dielakkan.


Apakah yang dimaksudkan dengan keletihan semasa memandu?


Keletihan yang amat sangat lazimnya disebabkan oleh masalah-masalah psikologi seperti berasa kekurangan tenaga,kepenatan atau keletihan.Dalam kebanyakan kes ,keletihan yang amat sangat dikaitkan dengan kebosanan ,kesedihan ,kekecewaan ,kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih yang keterlaluan ini tidak sama seperti rasa mengantuk ,tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih yang begini.


Thursday, April 23, 2009

BERSAMA RAKAN RADIO.....



Kenangan bersama Kak Lela (9W2KLA) di Agm Parts 29hb Mac 2009












Kenangan bersama Kak Yong (9W2YZU) semasa Agm Parts pada 29hb Mac 2009 di Rumah Kelab PARTS.

Tuesday, April 21, 2009

Kenangan Lama

Kadar 2/92 kkb.22 Komando

Bila ternampak gambar ini,hati mudah tersentuh.Rakan-rakan seperjuangan kebanyakan dah bertahun tak bersua muka.Seorang dua masih ada nombor hp dan tetap berhubung,yang lain masing-masing dengan haluan sendiri dan ada juga yang telah pergi dulu menemui MahaPencipta.
Susah dan senang serta gelak ketawa yang ditempohi bersama bagaikan baru semalam berlalu.Masa cepat berlalu,jalan kehidupan masing-masing tidak seperti dulu.Ada yang memilih untuk meneruskan kehidupan awam di rantau orang dan ada juga yang kembali ke kampung halaman.Ada yang berjaya dan ada yang bernasib kurang baik,apa pun kehidupan tetap diteruskan dengan semangat waja serta berbekalkan didikan' pantang menyerah'.


JALAN TEGAP GAGAH PERKASA
PANTAS CEKAP SETIAP MASA
UNTUK MEMBELA SERTA MENENTANG
REJIMEN GERAK KHAS PERGI BERJUANG

TENAGA KERJA SIANG DAN MALAM
DARI DESA DAN JUGA HUTAN
SEMANGAT PAHLAWAN MENYALA-NYALA
HANCUR LEBUR MUSUH DILAWAN

LAUT DARAT SERTA UDARA
RIBUT TAUFAN DIREMPUH JUA
SEMANGAT WAJA SEMAT DI DADA
BERE HIJAU KOMANDO KITA

DARI KOTA HINGGA KE DESA
GUNUNG LURAH DAN JUGA HUTAN RANJAU
TERSUSUN MENIKAM DADA REJIMEN
GERAK KHAS TETAP MARA

Rakan HAM(Hidup And Mati)

YD6LYJ(Pak Tupar)Permatangsianter,Kisaran,SUMUT




9w2OCD berbuih mulut QSO di 145.025Mhz Bojonegara(YC1ZAA)

9w2CCC EXPO di Tokyo 2008


9w2REJ,sorry kita tak ada gambar bersama anda.

like father like son



bibik gila




Apa pendapat rakan-rakan?...

Saturday, April 18, 2009

TERIMA AHLI BARU DALAM KELUARGA



Assalamulaikum...

Pada hari Khamis, tanggal 16HB APRIL 2009, kami telah menerima seorang ahli baru dalam keluarga. Anak saudara saya yang sulung HAFIZAH, anak kepada kakak saya yang sulung telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Majlis kecil-kecilan telah diadakan di Bangi. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan semoga kekal ke anak cucu. Kiranya saya dapat 'menantu' le....

Sebenarnya saya ni dah pangkat nenek la kiranya sebab dua anak saudara saya telahpun mempunyai anak. Buat masa ini saya sudah ada 3 orang 'cucu'..... akan datang seorang lagi. Semuanya cucu kepada kakak saya yang sulung NURHIDAYAH.

Semoga semuanya bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.Amin

Friday, April 10, 2009

RAWATAN ISTIMEWA



Sebenarnya ini adalah rawatan komplimentari Pak Engku terhadap seorang anak muda yang dirasuk oleh jin. Saya berkesempatan merakamkan bagaimana Pak Engku berkomunikasi melalui anak muda ini. Oleh kerana saya tidak berapa pakar dalam merakam, audionya kurang jelas. Namun perkara-perkara ghaib ini sememangnya ada di kalangan kita. Sememangnya ALLAH MAHA BERKUASA. Sekiranya kita minta baik dibagiNya baik jika kita minta jahat dibagiNya jahat. Ini hanyalah sebahagian daripada kehidupan yang dapat dikongsi bersama.

PERDANA MENTERI KITA

Pertamanya sekalung TAHNIAH kepada Datuk Seri NAJIB dan Datin Rosmah yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Keenam negara Malaysia kita yang tercinta ini pada 3hb APRIL 2009 yang lalu.

Sebagai insan biasa, saya harap Perdana Menteri kita ini akan dapat meneraju negara ke arah yang lebih baik daripada sekarang. Lumrah manusia, bukan semuanya boleh diterima dengan baik dan bukan semuanya boleh terlaksana sekelip mata. Apa-apa yang kita ingin lakukan yang penting ialah muafakat sesama insan.

Tidak lupa juga Tahniah kepada Jemaah Kabinet yang dilantik dan selamat melaksanakan tugas demi kepentingan rakyat. Melaksanakan Amanah rakyat bukan semudah mendapatkan jawatan dalam Kabinet. Selamat menjalankan tugas dan jagalah kepentingan rakyat yang telah memilih Yang Berhormat sekalian.

TAHNIAH BUAT PERDANA MENTERI KE 6 SERTA KABINET. SEMOGA SUKSES DALAM MENERAJU NEGARA.

Wassalam.

KENALI SAYA DAN KELUARGA

Assalamualaikum w.r.t......

Alhamdulillah kerana sehingga kini, saya berada dalam keadaan sihat walafiat di samping insan-insan tersayang. Sebagai muqadimah untuk tulisan pertama ini, saya perkenalkan perihal diri dan keluarga saya.

Pada tanggal 23hb Julai 1972, saya dilahirkan ke dunia. Ibu saya Rahmah binti Siling dan ayah saya Muhammed bin Long sememangnya amat gembira menyambut kelahiran putri ke 7 ini. (Bukan perasan, cuma perasaan itu sama ketika saya melahirkan anak pertama dan kedua saya). Jarak umur saya dan abang saya 8 tahun.

Nama yang diberi kepada saya RAFIDAH sempena nama seorang Senator ketika itu iaitu Datuk Seri Rafidah Aziz.

Secara ringkas, adik beradik saya ada tujuh orang, tiga lelaki dan empat perempuan, ibubapa saya sudah ada 38 orang cucu dan 3 orang cicit ( sedang menanti cicit ke 4).

Saya mula ke sekolah ketika umur 5 tahun kerana ayah saya seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Masjid Baru. Walaubagaimanapun persekolahan sebenar saya di darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, 4km dari rumah. Saya menyambung tingkatan 1 selama sebulan di Sekolah Menengah Datuk Bendahara. Selepas itu di Sekolah Muzaffar Syah Melaka sehingga tamat Tingkatan 5.

Selepas SPM 1989, keputusan bukan lah baik cuma boleh sambung pengajian. Saya meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi UUM Sintok dan seterusnya mendapat Ijazah Perakaunan di Universiti yang sama pada tahun 1996.

Bagaimana alam kanak-kanak, persekolahan dan di mana saya bertemu jodoh? Nantikan tulisan saya seterusnya.

Sekian sebagai Muqadimah blog saya ini.