Friday, April 10, 2009

KENALI SAYA DAN KELUARGA

Assalamualaikum w.r.t......

Alhamdulillah kerana sehingga kini, saya berada dalam keadaan sihat walafiat di samping insan-insan tersayang. Sebagai muqadimah untuk tulisan pertama ini, saya perkenalkan perihal diri dan keluarga saya.

Pada tanggal 23hb Julai 1972, saya dilahirkan ke dunia. Ibu saya Rahmah binti Siling dan ayah saya Muhammed bin Long sememangnya amat gembira menyambut kelahiran putri ke 7 ini. (Bukan perasan, cuma perasaan itu sama ketika saya melahirkan anak pertama dan kedua saya). Jarak umur saya dan abang saya 8 tahun.

Nama yang diberi kepada saya RAFIDAH sempena nama seorang Senator ketika itu iaitu Datuk Seri Rafidah Aziz.

Secara ringkas, adik beradik saya ada tujuh orang, tiga lelaki dan empat perempuan, ibubapa saya sudah ada 38 orang cucu dan 3 orang cicit ( sedang menanti cicit ke 4).

Saya mula ke sekolah ketika umur 5 tahun kerana ayah saya seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Masjid Baru. Walaubagaimanapun persekolahan sebenar saya di darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, 4km dari rumah. Saya menyambung tingkatan 1 selama sebulan di Sekolah Menengah Datuk Bendahara. Selepas itu di Sekolah Muzaffar Syah Melaka sehingga tamat Tingkatan 5.

Selepas SPM 1989, keputusan bukan lah baik cuma boleh sambung pengajian. Saya meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi UUM Sintok dan seterusnya mendapat Ijazah Perakaunan di Universiti yang sama pada tahun 1996.

Bagaimana alam kanak-kanak, persekolahan dan di mana saya bertemu jodoh? Nantikan tulisan saya seterusnya.

Sekian sebagai Muqadimah blog saya ini.

No comments:

Post a Comment