Friday, September 4, 2009

LAMA DAH..........

Assalamualaikum w.r.t....

040909......Salam Ramadhan buat semua rakan yang dikasihi. Dah dua bulan tak update blog ni. Bukan apa, tak sempat nak tulis dan idea pun kurang. Dalam masa dua bulan macam-macam yang berlaku...

1. Kramat telah diluluskan pendaftaran pada 8HB JULAI 2009. Bukannya apa, wujudnya Kramat ini adalah untuk kepentingan kita semua rakan-rakan ham di Malaysia. Saya hanya menyambung idea dan usaha rakan-rakan yang berhasrat mewujudkan satu badan yang kukuh demi persaudaraan sesama kita Rakan Radio Ham SeMalaysia. Walaubagaimanapun, Kramat buat permulaan sememangnya bergerak agak perlahan. Buat masa ini, Kramat sedang proses membuka akaun Bank di Bank Islam dan Maybank Islamic. Semoga semua rakan ham seluruh Malaysia memberi sokongan yang padu kepada Kramat ini. InsyaAllah.

2. Keputusan RAE dah keluar. Tahniah buat rakan yang telah lulus terutama yang mengikuti kelas kecil-kecilan di Bangi dan kelas anjuran Kramat. Terima kasih buat RAKAN-RAKAN kerana sudi menyampaikan ilmu untuk rakan-rakan baru. Ilmu yang baik harus disebarkan.

3. Ramadhan sudahpun hari ke 15. Semoga semua rakan menjalani ibadah puasa dengan tabah menghadapi dugaan dan rintangan. Buat anak-anak, sememangnya satu dugaan untuk ibu bapa melatih mereka berpuasa. Begitu juga Terawih di malam hari.

4. Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah. Terima kasih kepada Rakan yang memberi sumbangan. Jumlah Kutipan yang dapat dikumpulkan berjumlah RM2570. Ruang untuk Rakan menyumbang masih terbuka pada esok hari. Majlis InsyaAllah akan bermula jam 3.00 petang sehingga waktu berbuka. Semua Rakan dijemput bagi memeriahkan Majlis ini.

5. Hariraya menjelang tiba. Semua persiapan daripada Baju baru hinggalah ada yang berkereta baru untuk pulang ke Kampung. Saya akan beraya di Bangi. Kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin buat seluruh Rakan Ham se Malaysia. Semoga persaudaraan ini lebih erat antara kita semua.

6. Harilahir ke 8 anak sulung saya pada 6hb September 2009 ini. Happy Birthday to you. Tiada sambutan, cuma Majlis Berbuka puasa bersama keluarga.

7. Gempa bumi di Jakarta. Takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga. Segala yang berlaku adalah kehendak ALLAH.AL-FATIHAH.... Kita amat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Sama-samalah kita berdoa, kepada yang masih tertimbus semoga selamat hendaknya.

8. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak H1N1 ini dapat segera hilang dan pulih seperti sedia kala.

Semua yang baik datangnya daripada ALLAH. Segala kekurangan adalah daripada kelemahan saya sendiri. Wassalam. Jumpa dan jumpa lagi 73 buat semua.