Monday, June 1, 2009

BALIK KAMPUNG


Rakan-rakan yang dikasihi,

Sempena Pesta Keamatan tahun ini saya berpeluang melihat sambutan masyarakat di Sabah khasnya kampung suami tercinta di Kampung Tiong Sompodon. Saya sampai di Kota Kinabalu tanggal 28hb Jun 2009. Sampai di Lapangan Terbang ada tarian kebudayaan iaitu semazau.

Walau bagaimanapun hari pertama saya menginap di hotel semalam sebelum masuk ke Kampung. Terima kasih kepada teman yang meminjamkan kenderaan untuk kegunaan saya sepanjang berada di Sabah ini.

Pada 29hb, saya pulang ke Kampung dan bertemu ahli keluarga Mertua. Persiapan untuk Majlis Sambutan dilakukan. Disebabkan keluarga suami berlainan agama, saya cuma membantu mana yang mampu.

Pada keesokannya, Majlis Sambutan pun bermula dengan kehadiran saudara mara dan jiran sekampung. Majlis ini juga meraikan Nenek yang sudah mencapai usia 100 tahun (Gambar atas). Iaitu Nenek sebelah Bapak Mertua ku.

Selepas habis majlis, pada sebelah malam ada pulak karaoke. Saya pun cuba-cuba la tapi selepas semua tetamu pulang. Seperti biasa sambutan ini , minuman tuak tidak ketinggalan. Ada pulak insiden yang tidak baik berlaku pada malam tu. Seorang yang dah diayun tuak tiba-tiba menyerang Majlis Perkahwinan di rumah sebelah. Habis berselerak makanan ke tanah. Ibarat filem koboi la kiranya. Itulah penangan TUAK.

Esoknya lagi saya sempat melihat keindahan alam sekeliling kampung berdekatan dan melihat kuburan mendiang ibu mertua. Saya merasa kagum melihat kehidupan mereka. Bercucuktanam dilereng-lereng bukit. Membina keluarga di lereng-lereng bukit.

Selepas itu, saya pun berangkat keluar menuju Kota Kinabalu. Sebelum tu sempat singgah di Majlis Sambutan Keamatan di rumah saudara. Di samping makan ada jugak nyanyian dan paluan gong untuk tarian semazau. Yang menariknya, semua yang datang begitu gembira setelah penat bekerja.

Sekian untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment